INFAQ MEKAH BIMBING UMRAH BY MHTT VENTURES

INFAQ MEKAH BIMBING UMRAH BY MHTT VENTURES


ANTARA KELEBIHAN BERINFAQ :


1. Dosa dan kesilapan diri dihapuskan.

Baginda SAW bersabda yang bermasud: Maksudnya: “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” – (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)


2. Melipat gandakan kali pahala.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261: Maksudnya: “Perumpamaan orang-orang yang mendermakan (sedekah) harta bendanya di jalan Allah, seperti (orang yang menanam) sebutir biji yang menumbuhkan tujuh untai dan tiap-tiap untai terdapat seratus biji dan Allah melipay gandakan (balasan) kepada orang yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah Nya) lagi Maha Mengetahui.”


3. Mendapat naungan dari Allah pada hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”  – (Hadis Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705)


4. Menambah rezeki dan kekayaan

Sabda Baginda SAW:

Maksudnya: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”


5. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah 

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”  – (Hadis Riwayat Muslim)


6. Terhindar dari segala bahaya.

Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” – (Hadis Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)


7. Terhindar dari sifat bakhil dan kedekut.

Allah SWT berfirman dalam Surah Hujurat, ayat 10:

Maksudnya: “Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” 


8. Memanjangkan umur

Abu Huraira RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata:

“Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah.” – (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


9. Didoakan oleh Para Malaikat.

Abu Huraira RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Setiap hari dua malaikat turun dari langit dan salah seorang dari mereka berkata:

“Ya Allah! Gantikan (harta) setiap orang yang membelanjakan dalam jalan-Mu.” dan yang lain (malaikat) berkata, “Ya Allah! Hancurkan setiap yang menahan (hartanya) dari sedekah.” – (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)



Di Mekah al-Mukarramah, terdapat beberapa produk yang boleh anda sumbangkan atau infaqkan. Berikut adalah beberapa daripadanya:


1. Kerusi Roda:

Kerusi roda sangat berguna untuk jemaah yang menghadapi kesukaran dalam mobiliti atau mempunyai kecacatan fizikal.

Terdapat banyak jemaah tua atau individu yang memerlukan bantuan seperti ini di Mekah. Dengan menyumbangkan kerusi roda, anda dapat membantu mereka menjalankan ibadah haji atau umrah dengan lebih selesa.




2. Kerusi Lipat:

Kerusi lipat juga merupakan barang yang berguna dalam persekitaran ibadah di Mekah. Kerusi lipat dapat memberikan tempat duduk tambahan untuk jemaah yang memerlukannya.

Semasa musim haji atau umrah, jemaah sentiasa berkumpul di luar atau tempat awam, dan kerusi lipat dapat membantu mereka duduk dengan lebih selesa.





3. Al-Quran:

Al-Quran adalah salah satu barang yang paling berharga dalam konteks agama Islam. Di Mekah, terdapat banyak jemaah yang datang dari pelbagai negara dan mungkin tidak mempunyai akses mudah kepada Al-Quran.

Dengan menyumbangkan Al-Quran, anda dapat membantu memperluaskan akses mereka terhadap kitab suci dan menyokong mereka dalam meningkatkan pengetahuan agama.


Adalah penting untuk memastikan sumbangan ini disalurkan melalui syarikat yang dipercayai dan diberikan kepada mereka yang memerlukannya.


Jika anda merancang untuk menginfaqkan barang-barang ini, hubungi kami atau wakil Bimbing Umrah by MHTT untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara berinfaq di Mekah.





Bacakan akad ini :


"Saya (nama) menyerahkan RM .... kepada Bimbing Umrah by MHTT Ventures bagi menempah dengan akad salam .... Kerusi Roda/Kerusi Duduk/Al-Quran untuk tujuan Infaq.


Kemudian baca Akad ini setelah membuat tempahan :


Saya (nama) mewakilkan syarikat Bimbing Umrah by MHTT Ventures untuk mewakilkan sesiapa menerima di Mekah Kerusi Roda/Kerusi Duduk/Al-Quran yang telah saya tempah bagi pihak ..... (nama yang diniatkan infaq) dan saya mewakilkan syarikat MHTT Ventures untuk menguruskan Kerusi Roda/Kerusi Duduk/Al-Quran bagi pihak ..... (nama yang diniatkan Infaq).



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Kerusi Roda Infaq Bimbing Umrah
Kerusi Lipat Infaq Bimbing Umrah
Infaq al-Quran Bimbing Umrah
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Click Sini!